Oleh: Wan Luqman Hakim
KUALA NERUS- Kompleks Sukan Negeri Gong Badak mempunyai kemudahan yang banyak termasuk litar lumba yang sesuai untuk sukan permotoran.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, penganjuran Grand Prix Petronas di Stadium Gong Badak, Kuala Nerus baru-baru ini mengambarkan kerajaan negeri mengambil berat tentang sukan permotoran.
“Terengganu yang mempunyai litar lumba bertaraf antarabangsa telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada acara Grand Prix Petronas kali ini, malah lebih membanggakan apabila anak jati Terengganu memenangi salah satu acara dipertandingkan,” ujarnya
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Sukan Grand Prix Petronas di Stadium Gong Badak, Kuala Nerus (6 Oktober).
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Hishamudin Abdul Karim. - teganukita.net