Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Kerajaan sedang mengenalpasti bangunan-bangunan kosong milik kerajaan di setiap daerah untuk dijadikan bangunan sekolah berkenaan.
![]() |
| Ustaz Wan Sukairi (dua, kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar hafiz Darul Hijrah Chendering Kuala Terengganu. |
Katanya, Kerajaan menjangkakan sekolah Islam berkenaan akan mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat beragama Islam di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Huffazul Quran Kali Pertama di Kompleks Anak Yatim Tahfiz Darul Hijrah Chendering di sini pada 11 Ogos.
Menurut beliau Kerajaan Terengganu di bawah PAS pernah menubuhkan sekolah rendah Islam ketika pemerintahannya dalam tahun 1999 hingga 2004.
Namum selepas diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) tahun 2004, sekolah berkenaan ditutup.
"Kini kerajaan merancang untuk menghidupkan semula sekolah berkenaan mulai tahun hadapan dengan mensasarkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ditubuhkan sekolah rendah Islam manakala setiap parlimen dibina sebuah sekolah menengah.
"Itulah sasaran kerajaan sebagaimana termaktub dalam manifesto PAS, " jelasnya.
Negeri Terengganu mempunyai lapan kawasan parlimen dan 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). - teganukita.net
