Oleh: Moh Haniff Abas
KUALA TERENGGANU- Penganjuran aktiviti Berjalan 10,000 Langkah Sehari wajar dipuji berikutan bukan saja mampu menambah kesihatan badan malah berupaya mengerat hubungan antara peserta.
KUALA TERENGGANU- Penganjuran aktiviti Berjalan 10,000 Langkah Sehari wajar dipuji berikutan bukan saja mampu menambah kesihatan badan malah berupaya mengerat hubungan antara peserta.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, aktiviti masyarakat itu disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri kerana selain dapat beramah mesra antara satu sama lain, ianya berjalan dalam suasana yang ceria dan harmoni.
“Program ini sangat bermakna pada kali ini kerana ia dianjurkan bersempena dengan 61 tahun kemerdekaan”, ujar beliau lagi.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program 10,000 Langkah Merdeka yang diadakan di Kg Kebor Tok Bilal di Buluh Gading , hari ini
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan merangkap ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Tuan Haji Azmi Razik, Setiausaha Politik Menteri Besar, Tuan Hj Muhyiddin Abd Rashid, Penghulu Mukim Belara, En Ngah Muda dan Penghulu Mukim Manir, En Mazlan Ismail. - teganukita.net