![]() |
| Haji Yahaya (duduk), menandatangani buku pelawat DN Perak disaksikan Ngeh Koo Ham (kiri). -Foto Syaiful Mustafa . |
IPOH - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali mencadangkan agar Dewan Negeri (DN) Selangor dan Perak, memisahkan pentadbiran Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dengan dewan berkenaan.
Ini bertujuan supaya pemisahan kuasa (separation of power) antara badan eksekutif dan legislatif dapat diwujudkan dan memberi manfaat kepada semua pihak.
![]() |
| Sidang Media Haji Yahaya (kanan) dan Dato' Ngeh Koo Ham di DN Perak. |
Serentak itu, kedua-dua Speaker DN negeri-negeri berkenaan termasuk Ng Suee Lim (Speaker DN Selangor) dan Dato' Ngeh Koo Ham (Speaker DN Perak) bersetuju untuk membincangkan isu itu ke peringkat kepimpinan negeri.
Sejak sekian lama, negeri Terengganu menzahirkan pemisahan kuasa antara badan-badan berkenaan dalam pentadbiran kerajaan.
![]() |
| Setiausaha DN Perak, Kamarulariffin Haji Ayub (kiri) menjelaskan sesuatu kepada Haji Yahaya (dua dari kiri) dan Dato' Ngeh Koo Ham (dua dari kanan). |
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu diamanahkan untuk berurusan dengan MMK manakala Setiausaha DUN berurusan dengan dewan itu sahaja.
Sementara itu, satu sidang media diadakan sempena selesainya, lawatan kerja Haji Yahaya ke DN Perak menemui Dato' Ngeh Koo Ham di Pejabat DN Perak dan Ng Suee Lim, di pejabat DN Selangor, masing-masing pada 21 dan 20 September.
![]() |
| Haji Yahaya (kanan) bersama Ng Suee Lim di DN Selangor . |
Haji Yahaya menawarkan kepada kedua-dua Speaker itu untuk membuat kunjungan balas ke DUN Terengganu.
Masing-masing bersetuju pada dasarnya untuk berbuat demikian bertujuan bertukar-tukar maklumat untuk penambahbaikkan pentadbiran.
![]() |
| Ng Suee Lim (kanan) memberi penjelasan sesuatu kepada Haji Yahaya. |




