• Hadiah RM150 Ribu Kepada TFC III dan RM50 Ribu kepada TFC IV

    Foto - Harish Fadzillah
    KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bersetuju menghadiahkan RM150 ribu kepada Skuad Terengganu Football Club (TFC) III dan RM50 ribu kepada  TFC IV.

    Sementara itu, pemain TFC III dihadiahkan sebanyak RM2,000 seorang manakala pemain skuad TFC IV RM1,000.

    Keputusan itu telah dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri  Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Kesyukuran sempena meraikan kemenangan mereka.
      
    TFC III menjadi johan dalam Piala Presiden manakala skuad TFC IV naib johan dalam Piala Belia.


    Sementara itu, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, ianya adalah tanda keprihatinan atas semangat mereka yang membanggakan dan menjulang nama Negeri Terengganu dalam sukan tersebut.
    “Sememangnya pencapaian ini adalah satu perkara yang bukan mudah melalui tempoh latihan  kecederaan, keletihan dan macam-macam sehingga mampu untuk mencapai kemenangan,

    “Kita akan buktikan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu dan negara bahawa kita mampu melakukan sesuatu untuk mengekalkan kemenangan serta mencipta kemenangan yang lebih di masa akan datang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap di Permata Ballroom, Permai Hotel pada semalam, Selasa, 4 September.

    Kata beliau, ianya antara pencapaian terbaik dalam peluang meningkatkan karier, menimba pengalaman dan menambah kemahiran serta meningkatkan prestasi bola sepak bukan sahaja di negeri Terengganu tetapi dalam negara.

    Tambah beliau, ia adalah sebahagian sumbangan kepada bola sepak negara selepas membuktikan prestasi baik pasukan dalam liga Malaysia.

    “Saya juga mengambil peluang ini mengucapkan selamat maju jaya pada Skuad SUKMA Perak 2018 TFC III yang akan beraksi pada pertengahan bulan ini,

    “dan diharapkan kejayaan yang dicapai dalam Piala Presiden ini mampu dibawa ke SUKMA untuk merangkul pingat emas….Tiada yang mustahil.. awak  boleh buat,” ujar beliau kepada para skuad SUKMA.

     Sehubungan itu kata beliau, pihak kerajaan akan menyokong sepenuhnya segala aktiviti sukan terutama bola sepak yang mana sukan paling diminati di dunia khususnya rakyat di negeri Terengganu.

    “Kesinambungan penstrukturan bola sepak Terengganu 2018 akan tetap kita teruskan dan kita bersetuju untuk mengekalkan pasukan TFC II sebagai fiden club,

    “untuk memberi peluang kepada pasukan pelapis tTFC III dan TFC IV memajukan carier sebelum menjadi pemain professional dan berjaya,” tambahnya.

    Justeru itu, beliau berharap sukan SUKMA tersebut mampu untuk mengeratkan silaturrahim dan memberi manfaat kepada semua. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat