![]() |
Kerajaan Persekutuan perlu menyelesaikan isu harga getah ini secara berhemah supaya penoreh getah dapat pembelaan sewajarnya. |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, harga lantai tersebut harus dikekalkan walaupun harga getah turun pada tahap mana sekalipun.
Menurutnya, harga lantai yang diminta oleh para penoreh getah hanya RM4 ringgit atau RM4.50 sekilogram tidak lebih dari itu.
"Mereka bukan minta harga lantai RM6, RM7 atau RM8 tetapi mereka hanya minta RM4 atau kalau lebih pun hanya RM4.50 sekilogram," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Hospital Pakar Kuala Terengganu di sini pada 20 September.
Menurut Dr Azman, sekiranya harga lantai getah dilaksanakan, penoreh tidak perlu bantuan ‘one off’ untuk keperluan perbelanjaan dapur di musim tengkujuh.
Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, mempertikaikan tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menetapkan harga lantai produk pertanian lain tetapi tidak berbuat demikian untuk getah scrab.
Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu menyelesaikan isu harga getah ini secara berhemah supaya penoreh getah dapat pembelaan sewajarnya. - teganukita.net