Barisan panel yang terlibat dalam Forum Perdana sempena Maal Hijrah. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasiim |
HULU TERENGGANU- Hijrah sebenarnya membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan ilahi.
Katanya, tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil.
“Islam tidak menyuruh kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang.
“Mengambil semangat tahun baharu ini, tahun sempena pemerintahan kerajaan baharu yang menekankan Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera, paling tidak setiap umat Islam mesti berazam dan melakukan hijrah dalam diri masing-masing,”katanya.
Beliau demikian dalam ucapan yang dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali pada Forum Perdana sempena Maal Hijrah di Dataran Majlis Hulu Terengganu, Kuala Berang, pada malam tadi.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.
Lebih Lebih 2,000 orang ramai terdiri daripada penduduk setempat, pelajar dan golongan belia hadir pada majlis yang dilangsung kira-kira 2 jam itu.
Pelbagai pengisian program diselitkan, antaranya forum berkaitan pergertian hijrah yang disampaikan pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim atau dikenali ustaz Bollywood - teganukita.net