Dam aji antara program yang disajikan pada Karnival Pantai Terengganu |
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Pas meneruskan Pesta Pantai, acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri yang dijenamakan semula dengan nama Karnival Pantai Terengganu, bermula tahun ini.
Pogram yang berlangsung di Pantai Batu Burok bermula 27 hingga 29 September (hari ini) masih mengekalkan sebahagian besar pengisian acara yang pernah diadakan sebelum ini.
Penjenamaan semula program ini adalah selaras dengan pendekatan baharu diambil di bawah pentadbiran kerajaan Pas.
Antara aktiviti yang dikekalkan ialah pameran dan gerai jualan, persembahan kebudayaan, demonstrasi masakan tradisional, pertandingan permainan tradisional dan demonstrasi kraftangan dan ukiran batik.
Manakala pada hari ni, Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Dam Aji.
Sebanyak lapan sekolah menyertai pertandingan yang bermula pada jam 9.00 pagi ini.
Antaranya, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan; Tahfiz Ribat Al Syafie, Kijal, Kemaman; SMK Sura dan SMKA Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu
Turut diadakan pada karnival kali ini ialah persembahan malam kesenian Islam, jualan food track dan boot sale dan Santai Anok Tranung. - teganukita.net