Oleh: Ahmad Syahid Adnan
KEMAMAN - Program Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Kemasik, berlangsung meriah dengan penyertaan komuniti setempat dan sekitarnya.
Majlis di Dataran Sabasun, Kampung Baru Kemasik, di sini, diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.
"Ingatlah, kemerdekaan yang sebenar adalah yang berlandaskan agama,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum melepaskan peserta perarakan, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Program bermula dari Dataran Sabasun, ke Bukit Kukuran dan berakhir di stesen Rantau Petronas di Kemasik. - teganukita.net

