• MB Menikmati Suasana Malam Di Muara Sungai Terengganu

    Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama Dato' Tengku Hassan ((kanan sekali) dan Encik Ariffin (dua dari kanan) di suasana malam sekitar TTI Muara Sungai Terengganu.


    KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Isteri, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman dibawa menikmati suasana malam sepanjang Sungai Terengganu sambil memerharti bagaimana produk pelancongan boleh dihasilkan bagi manfaat rakyat dan negeri Terengganu di sekitar kawasan tersebut 4 September.

    Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman dan isteri masing-masing.

    Mereka dijemput oleh River Cruise Taman Tamaddun Islam (TTI) Terengganu untuk majlis makan malam sambil menyelusuri sungai Terengganu.

    TTI adalah satu produk pelancongan terkenal di Malaysia, Pelancong dalam dan luar negeri datang ke situ untuk melihat kecantikan Masjid Kristal khususnya sebagai mercu tanda pelancongan di muara sungai Terengganu.

    Ada yang datang dari Korea Selata, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain negera terkenal dunia menunjukkan Masjid Kristal popular sebagai produk pelancongan dunia.

    Mereka datang ke Terengganu, tidak sah jika tidak singgah sebentar untuk mengambil gambar 'selfie' atau seumpamanya sebagai kenangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

    Bagaimanapun masjid itu mengalami beberapa kerosakan bahagian dalamanyang perlu dibaiki segera bagi memelihara dan menjaga keindahan masjid itu dan orang ramai dilarang memasukinya. - teganukita.net

  • Anda mungkin juga berminat