Ustaz Saiful Bahri Mamat. |
Mahkamah menetapkan tarikh tersebut sebagai tarikh jatuh hukum selepas seorang ibu tunggal mengaku bersalah terhadap pertuduhan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri, di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam (23 September).
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, segala salah anggap akan terjawab dengan kehadiran pihak terbabit yang menimbulkan pelbagai spekulasi buruk.
Menurutnya, tujuan sebenar sebatan dalam Islam bukanlah untuk memudaratkan, bukan juga untuk menzalimi tetapi ia merupakan proses pendidikan.
"Saya berharap agar hukuman sebatan ini akan menjadi peringatan kepada masyarakat umum supaya menjauhi perkara-perkara yang menjadi kesalahan dalam syariat Islam itu sendiri.
"Bahkan, Al-Quran sendiri telah menegaskan kepada orang Islam supaya jangan menghampiri zina kerana ia merupakan penyakit dan akan menimbulkan banyak masalah di dalam masyarakat," katanya.
"Bahkan, Al-Quran sendiri telah menegaskan kepada orang Islam supaya jangan menghampiri zina kerana ia merupakan penyakit dan akan menimbulkan banyak masalah di dalam masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (24 September).
Ustaz Saiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengharapkan agar hukuman yang dilaksanakan dapat diterima oleh semua pihak sebagai suatu peringatan daripada Allah.
"Kita harap segala kesilapan, keikhlasan dan keredhaan pesalah menerima keputusan sebatan ini akan mengkafarahkan dosa-dosa mereka dan insya-Allah akan memberi ruang kepada mereka untuk bertaubat," tambahnya.
Tertuduh berusia 30 tahun itu kekal dengan pengakuan bersalah selepas pertuduhan kali kedua mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Rosdi Harun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pencanting batik sambilan itu didakwa melakukan kesalahan itu di hotel di bandar raya bersama seorang pelanggan pada 17 September antara 11.20 malam hingga 11.45 malam.
Bagi kesalahan itu, wanita yang berasal dari Klang, Selangor itu berdepan hukuman didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin.
Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Terengganu, Khasmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Difahamkan, tertuduh juga menerima bayaran RM100 daripada pelanggan untuk melakukan perbuatan itu pada hari sama ketika ditahan.
Dalam prosiding itu, tertuduh mengakui terpaksa melakukan perbuatan itu kerana memerlukan wang untuk menyara kehidupannya dan anak perempuan berusia tujuh tahun yang dijaga oleh kakaknya di Klang, Selangor bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Hakim Syarie. - teganukita.net