Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah memintaa seluruh rakyat bersatu hati, ketepikan seketika fahaman politik, perbezaan pendapat dan bertolak ansur dalam semua pekara sekiranya mahu benar-benar menghayati Maal Hijrah yang sebenar.
Katanya, umat Islam perlu benar-benar menghayati maksud Maal Hijrah yang disambut pada setiap tahun di mana pada tahun ini bertemakan Menyantuni Ummat, Membawa Rahmat”.
“Sebagai Muslim, amat penting kita menghayati tema tersebut dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Asas utamanya, umat Islam mesti bersatu dan jangan berpecah.
“Walaupun berlaku kini berlakunya peralihan kepimpinan kerajaan, saya memohon kepada seluruh rakyat Terengganu terus mengikat perpaduan dan mengeratkan kesatuan ummah tanpa mengira latarbelakang dan fahaman politik,” katanya. - teganukita.net