• Budaya "Kuca Sure” Erat Silaturrahim


    Oleh : Nizam at-Takiri

    KUALA NERUS –Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir menganjurkan program kemasyarakatan yang mampu mendekatkan pimpinan dengan rakyat seperti “Kuca Sure”.

    Program ini merupakan kerjasama bersama Majlis Tindakan DUN Seberang Takir dan pihak Darussyifa Kuala Nerus dengan penglibatan semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir.

    Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi berkata, program sosial sebegini perlu diperbanyakkan bagi mendekatkan pimpinan masyarakat dengan rakyat.

    Katanya lagi, ikatan ukhuwah antara pemimpin dengan rakyat lebih mesra apabila bersama dalam program yang melibatkan aktiviti-aktiviti santai seperti memasak bubur assyura ini.


    Program yang berlangsung di Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir, di Markas Tarbiyyah Seberang Takir (MARTIS) bermula pada jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang dan mendapat sambutan hampir 200 orang peserta serta orang ramai.

    Turut hadir ke program ini, Pengarah i-MiTs Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah yang merasmikan majlis penutup Program “Kuca Sure” pada kali ini. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat