-
Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU - Institut Modal Insan Terengganu Sejahterai (i-MiTS) Hulu Terengganu mengambil peluang menjadi pemudahcara masyarakat bagi memohon Bantuan Persekolahan menerusi kaunter i-Dana.Bantuan yang terbuka kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah disediakan kepada pelajar lelaki yang akan menerima baju serta seluar sekolah, stoking, kasut dan beg manakala pelajar perempuan akan menerima kain, baju, stoking, kasut dan tudung.Penyelia i-MiTS Hulu Terengganu, Harun Esa berkata, pihaknya mengambil langkah ke hadapan bagi membantu melancarkan urusan permohonan daripada keluarga dan pelajar yang layak memohon bantuan itu.
"i-MiTS mengambil peranan sebagai pemudah cara untuk masyarakat membuat permohonan ini dengan mengadakan kaunter bergerak di kawasan-kawasan terpilih dan kemudahan kepada masyarakat yang kurang mahir dengan pengguna IT (teknologi maklumat). Ini kerana permohonan dana hendaklah dilakukan secara atas talian sahaja."Pelajar yang layak akan mendapat baucer dan boleh ditebus di kedai-kedai yang terpilih," katanya ketika ditemui ketika melakukan pemantauan gerak kerja kaunter i-Dana di Pasar Manir, di sini, 13 Oktober.
Harun berkata, pihaknya berpuas hati dengan komitmen pegawai i-MiTS yang bertugas dan berharap keluarga yang berkelayakan agar dapat mengambil peluang ini untuk sama-sama dapat meringankan beban.Menurutnya, ibu bapa juga boleh membuat permohonan di laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my dan permohonan akan tamat pada 21 Oktober ini.Tambah beliau lagi, pada tahun ini, kerajaan negeri menjangkakan 116,000 pelajar akan menerima manfaat daripada dana yang disediakan itu.Pada masa yang sama, jika berdepan masalah untuk mengisi borang secara atas talian, bolehlah merujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat di tempat masing-masing dan mendapatkan bantuan dari pegawai-pegawai yang bertugas. - teganukita.net
i-MiTS Jadi Pemudahcara Pohon Bantuan Dana Sekolah
ketuapkp
Selasa, Oktober 16, 2018