• Island Festival Music Gagal

    Iklan maya tidak mendapat kelulusan kerajaan.

    SETIU - Penganjuran Island Music Festival 2018 di Pulau Redang di sini cuba diteruskan dari 12 hingga 14 Oktober lalu dengan aktiviti hiburan sampingan tanpa membabitkan orang Islam.

    Seramai 60 orang bukan Islam termasuk dari kaum India dan Cina menyertai penganjuran itu dipercayai telah membeli tiket festival itu bernilai RM1,300.00 satu tiket.

    Pihak penganjur dikatakan terpaksa meneruskan aktiviti hiburan itu kerana masalah tersebut walaupun tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

    Kebanyakan tentatif program dibatalkan kecuali hiburan malam termasuk nyanyian dan minuman keras.

    Difahamkan pengunjung festival itu dihidangkan dengan pelbagai jenis arak di tempat tertutup dan tiada orang Islam terbabit dengan hidangan berkenaan.

    Aktiviti tanpa kelulusan itu dikawal ketat oleh pihak penganjur dan pengunjung dihiburkan dengan penyanyi tidak ternama dan rakaman nyanyian yang disediakan.

    Difahamkan tiada sebarang penyanyi popular atau kontroversi dijemput dan tiada tarian menghairahkan dibenarkan dalam penganjuran tersebut.

    Sementara itu Kerajaan Negeri memantau penganjuran tersebut yang membabitkan sebuah syarikat ternama dan resort tertentu di pulau berkenaan.

    Pegawai Agama Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Ustaz Azmi Tengah dan Ketua PegawaiPenguatkuasa Syariah Negeri Terengganu, Nik Zulhaiza Ismaimemimpin pemantauan tersebut dengan kawalan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    JHEAT juga turut membuat operasi cegah maksiat dan berjaya memperolehi tiga kes khalwat beberapa pasangan luar Terengganu termasuk dari Pahang dan Kuala Lumpur, di beberapa buah resort di pulau berkenaan.

    Pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu tidak lama lagi. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat