Dr Azman Ibrahim. |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, permohonan dengan keluasan di bawah 50 ekar, memadai urusan dibuat di Pejabat Tanah Daerah.
“Permohonan untuk keluasan tanah melebihi 50 ekar, permohonan perlu diajukan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Pihak kerajaan negeri akan menimbang setiap permohonan dengan sebaik dan seadilnya.
“Anak muda jangan segan dan malu (untuk memohon). Saya telah meneliti banyak projek pertanian yang diusahakan oleh syarikat besar yang tidak berjaya,” katanya.
Tegas beliau, syarat untuk berjaya bukanlah mesti jadi ‘orang besar’, tetapi katanya mesti melakukan kerja dengan semangat dan berjiwa besar.
“Saya anak petani kampung yang amat memahami jerit perih kehidupan seorang petani kecil,” tambah beliau. - teganukita.net