• Rakyat Diseru Terima Tawaran Hebat Allah SWT

    Peserta mendaftar program i-Suri di Dewan Sivik Merchang,yang dirasmikan ADUN Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.

    Oleh : Khairan Mat Jusoh 

    MARANG, 31 Oktober - Rakyat bukan sahaja dapat menikmati sebahagian daripada inisiatif yang di tawarkan oleh pihak kerajaan, malah turut diseru untuk menyahut tawaran oleh Allah SWT, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.

    Menurutnya, tawaran yang diberikan oleh Allah SWT cukup istimewa sepertimana dinyatakan dalam al-Quran Nul Karim.

    "Bersegeralah kamu untuk memohon keampunan daripada Tuhan kamu, kerana Allah menjanjikan kepada kita syurga yang luasnya di antara seluas langit dan bumi. Ini adalah satu motivasi yang cukup-cukup istimewa kepada kita semua.


    "Apa sahaja taraf kehidupan ekonomi kita, tapi Allah SWT tidak meletakkan itu sebagai kayu ukur kepada apa yang dijanjikan oleh Allah SWT," katanya. 

    Sulaiman berkata demikian ketika berucap sempena perasmian program pendaftaran i-Suri di Dewan Sivik Merchang, di sini, semalam.




    Program tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Fadlee Alwi dan  Pegawai Kaunselor Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Alias Mat Ali. 

    Kira-kira 500 peserta di kalangan suri rumah menyertai program tersebut. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat