Oleh : Sulaiman Hafizi
DUNGUN- Imam Besar Masjid Al-Aqsa yang juga bekas Mufti Palestin Sheikh Dr E‘krimah Sa’eed Sabri memberikan satu semangat tentang kepentingan supaya umat islam memberikan perhatian kepada kepentingan perjuangan umat islam yang berada di Palestin.
Ahli Parlimen Dungun,Wan Hassan Mohd Ramli berkata hasil daripada itu kita dapati timbul satu semangat baru perjuangan untuk umat islam memberikan perhatian kepada soal jihad dan perjuangan.
Katanya, bersyukur selepas daripada tahanan ummah oleh pihak tentera Zionis Israel maka Dr telah dibawa ke negeri Terengganu juga di daerah Dungun.
”Pesanan itu memberi kesan kepada hadirin dan peserta Pidato Solidariti Ummah Palestin.
“Program itu bukan sahaja mampu memberi sumbangan kewangan yang diberikan pada malam ini tapi juga satu sumbangan kepada kesinambungan perjuangan yang telah mula meresap masuk ke dalam kefahaman kepada pendengar pada malam ini” ujarnya ketika ditemuramah selesai program.
Turut hadir Adun Paka,Saiful Bahri Mamat dan juga Ahli Parlimen Kuala Nerus,Dr Khairudin bagi menjayakan lagi program yang diadakan ini.
InsyaAllah kita akan panjangkan pada masa akan datang dengan izin Allah bawa kembali Dr dan mudah-mudahan kita dapat memberikan sumbangan lebih banyak dan lebih baik bagi kita bersama dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka mempertahankan Masjidil Aqsa Dan Palestin. - teganukita.net

