Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mesyuarat Penggal Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet), hari ini. Foto: Tengku Syamim Tengku Ismail |
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tema tersebut bertepatan dengan kalam Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf ayat ke-96 sebagai prinsipnya, diharmonikan bersama pandangan rakyat serta mengambil kira perkembangan ekonomi semasa seterusnya ke arah memenuhi aspirasi Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS).
Katanya, perencanaan bajet ini didokong oleh empat (4) teras utama yang menjadi tonggak kepada Bajet 2019 iaitu keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan.
"Teras pertama adalah keberkatan, teras kedua adalah kemajuan, teras tetiga adalah kebajikan manakala teras keempat adalah kecekapan.
"Semua teras tersebut akan diperkukuhkan dengan lapan (8) strategi pelaksanaan termasuklah pertama, mengukuhkan prinsip Islam, kedua, mewujudkan polisi patuh syariah, ketiga, membangunkan kualiti modal insan.
"Seterusnya keempat, merancakkan pertumbuhan ekonomi, kelima, mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat, keenam, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan.
"Ia juga akan diperkukuh dengan strategi ketujuh, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan kelapan, menerapkan nilai integriti dan ketelusan," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Enakmen Perbekalan Tahun 2019 (Bajet Terengganu 2019) pada Mesyuarat Penggal Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet), hari ini.
Dalam tumpuan sama, menurutnya, Kerajaan Terengganu telah mengambil inisiatif melancarkan laman sesawang e-bajet dan menganjurkan bengkel Cadangan Bajet Rakyat Terengganu (CBRT) di setiap daerah bersama dengan semua pemegang taruh 9 ucapan Bajet 2019 (stakeholders) yang berkaitan.
"Pendekatan ini telah berjaya menarik penglibatan aktif semua lapisan masyarakat dan rakyat terutamanya dari kalangan kumpulan profesional dan bukan profesional untuk turut memberikan idea dan mengetengahkan aspirasi mereka dalam merangka bajet kali ini.
"Natijahnya, sebanyak 2,260 cadangan rakyat telah diperhalusi dan diterjemahkan mengikut keutamaan dalam bajet kali ini. Justeru, saya mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam proses penggubalan Bajet Negeri Terengganu 2019.
"Setiap pandangan rakyat sangat dihargai dan diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan negeri," ujarnya. - teganukita.net