• Ibu Bapa Anak Istimewa Diseru Manfaatkan Kemudahan Kerajaan

    ibu bapa anak istimewa diseru manfaatkan kemudahan kerajaan
    KUALA TERENGGANU – Ibu bapa yang mempunyai anak  berkeperluan khas diseru gunakan ruang dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

    Isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Hajah Zarani Othman berkata, ianya bagi meningkatkan taraf kesejahteraan anak-anak istimewa mereka.

    Antaranya program pemulihan dalam komuniti (PDK) merupakan pusat one stop centre yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan masyarakat dengan kemudahan infrastruktur dan program pemulihan untuk kanak-kanak atau orang kurang upaya.

    “PKD juga berperanan sebagai tempat intervensi awal OKU, merupakan sumber maklumat OKU,pusat rujukan dan advokasi program-program berkaitan.

    “Di Terengganu sahaja terdapat sebanyak 47 buah PDK yang beroperasi bagi membantu seramai 1146 orang klien di pusat PDK dan 405 orang klien di rumah,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis perasmian Program Ilmu Keluarga @ LPPKN “Anak istimewa Satu Anugerah sempena program TePat (Terengganu Parenting Tour 2018) di Dewan Teater ,Wisma Darul Iman pada hari ini, Ahad, 4 November.

    Justeru itu, Hajah Zarani mengucapkan terima kasih kepada LPPKN negeri Terengganu kerana menjemput beliau merasmikan program pada hari ini.


    Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Lembaga Penduduk dan pembangunan keluarga Negara (LPPKN) negeri Terengganu En. Muhamad Noh Abdullah. - teganukita.net


  • Anda mungkin juga berminat