• Perkenal Pantai Penarik Di Teksi London

    Ariffin (kanan) menunjukkan paparan Pantai Penarik Setiu di Teksi London.
    UNITED KINGDOM,  7 November - Kerajaan  mempergiatkan promosi negeri Terengganu di luar negara dengan melancarkan teksi London berpaparan pemandangan Pantai Penarik, Setiu.

    Dengan pelancaran itu, satu lagi usaha bersungguh-sungguh dilakukan kerajaan negeri untuk memperkenalkan Terengganu di mata dunia sekaligus  menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri tersebut.

    Pelancaran itu dibuat bersama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri , Dato. A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi negeri, Ariffin Deraman di kota London, semalam.

    Gambar gimik pelancaran itu dimuat naik di status Facebook Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

    Dato' A Rahman menunjukkan isyarat 'bagus' ke atas paparan promosi Pantai Penarik di Teksi London.
    Dr Ahmad Samsuri di statusnya menyebut, acara tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam mempromosi produk pelancongan negeri di kota London.

    Katanya, kerajaan memilih untuk membuat promosi berkenaan kerana teksi itu merupakan satu ikon di kota London dan ia mempunyai keunikan reka bentuk tersendiri yang hanya terdapat di situ.

    Sementara itu, beberapa orang netizen dalam komentar di Facebook Dr Ahmad Samsuri, kebanyakannya menyambut baik sekaligus mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan tersebut.

    Mohd Asri Yusof menyifatkan iklan itu sangat sesuai dengan orang London.

    Manakala, Arbaain Embong pula mengharapkan semoga iklan berkenaan membuahkan hasil. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat