Tuanku Mizan mahu rakyat contohi Rasulullah dan generasi sahabat. |
"Sejak akhir-akhir ini, gejala ajaran sesat dan masalah sosial semakin membarah dalam sendi masyarakat Islam.
"Semuanya berpunca daripada ketipisan iman dalam jiwa sanubari setiap Muslim terhadap ajaran Islam.
"Rasulullah SAW dan para sahabat RA merupakan contoh terbaik dalam hal ini. Mereka memiliki akidah yang kental, ibadah yang konsisten dan akhlak yang terbilang sehingga mereka muncul sebagai generasi terbaik dan cemerlang dalam segala lapangan hidup.
"Sehubungan itu, untuk memartabatkan kembali maruah dan imej umat Islam, setiap Muslim sewajarnya mempelajari sirah Rasulullah SAW, memahaminya, menghayatinya dan juga menterjemahkannya dalam realiti kehidupan semasa kerana Islam itu merupakan cara hidup yang menyeluruh.
"Islam itu mudah dan senang difahami, dihayati dan diamalkan sesuai dengan fitrah manusia," titah baginda.
Sultan Mizan berkenan menyampaikan hadiah kepada Datuk Bandar MBKT dengan diperhatikan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri. |
Sultan Mizan berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan berangkat hadir bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.
Tuanku turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Perarakan Terbaik Maulidur Rasul, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta sijil.