• Kemukakan Bukti Jika Agihan Wang Royalti Kepada Parti


    KUALA TERENGGANU, 28 Disember- Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta pihak berkaitan mengemukakan bukti jika benar wujudnya ketidakadilan dalam agihan wang royalti.

    Katanya, jika benar berlaku  sikap tidak telus dengan mengagihkan wang itu kepada parti dan bukannya kepada pentadbiran kerajaan, sila nyata bukti yang sahih.

    " Kerajaan telus berkaitan perkara ini kerana setiap sen duit yang dikeluarkan akan diaudit bagi mengelak penyelewengan.

    "Jadi jelas, perkara yang dituduh adalah tidak benar, " katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pesaka Negeri Terengganu, di Muzium Negeri Terengganu, semalam.

    Dr Ahmad Samsuri berkata, apa yang dikemukakan Pesaka Terengganu melalui kertas cadangan akan diteliti.

    "Pihak Pesaka ada membuat permohonan berkaitan kewangan, pelaksanaan program, logitstik, semua ini akan dipertimbangkan.

    "Apa yang penting, saya akan memanggil pentadbiran baru Pesaka Terengganu kerana mahu mendengar sendiri apa yang diperlukan,"  katanya. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat