• Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Hulu Terengganu Januari Ini

    Ustaz Wan Mohamad Humaidi Ismail.
    HULU TERENGGANU, 24 Disember - Semua warga daerah Hulu Terengganu diseru untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang akan diadakan pada 9 Januari 2019.

    Pegawai Agama Daerah, Ustaz Wan Mohamad Humaidi Ismail berkata, majlis tilawah tersebut akan diadakan pada 9 Januari bersamaan 3 Jamadil Awal 1440H bertempat di Masjid Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu bermula jam 8.30 malam.

    “Dijemput semua untuk hadir beramai- ramai di majlis tersebut,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya semalam.
    Menurutnya, tilawah peringkat negeri akan diadakan setelah semua daerah selesai mengadakan majlis masing-masing.

    Katanya, di peringkat negeri akan diadakan di Kemaman pada 12 hingga 14 Februari akan datang.

    “10 orang yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan lima orang perempuan akan bertanding di peringkat daerah," tambahnya. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat