Oleh: Jusmawari Jusoh
BESUT 30 Disember- Seramai 250 orang pelajar menerima sumbangan pakaian sekolah dalam program "Back to School yang berlangsung di Dewan Masjid Hadhari , semalam.
Penyelaras Parlimen Besut,Ustaz Dr.Riduan Mohamad Nor berkata sumbangan dalam bentuk barangan seperti stokin, beg dan baju sekolah diagihkan kepada asnaf-asnaf yang tercicir dalam bantuan I-DANA baru-baru ini berikutan ramai yang terlepas pandang.
"Alhamdulillah, diharap adik-adik dapat memulakan alam persekolahan dengan semangat baru untuk menjadi insan yang berguna dimasa hadapan
“Saya harap kesemua pelajar dapat menggunakan bantuan persekolahan yang diberikan itu dengan sebaik mungkin dan menjadi motivasi untuk belajar dengan komited," ujar Ustaz Dr.Riduan dalam ucapannya merasmikan program tersebut.
Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.
Bagi melancarkan program, Jabatan Amal Besut dan Ameerah kawasan Besut turut membantu sepanjang program berlangsung. - teganukita.net