KUALA TERENGGANU, 13 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca ribut petir di beberapa kawasan di Terengganu dan Sarawak.
Dalam satu kenyataan hari ini, METMalaysia memaklumkan, kawasan-kawasan yang terlibat adalah Terengganu (Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Kuching, Serian serta Samarahan di Sarawak.
"Hujan agak banyak dan dijangka reda malam ini dan besok.Walaupun begitu, keadaan cuaca yang lembap dijangka di Negeri Terengganu dalam tempoh 16-18 Januari ini.
"Jabatan Meteorologi akan mengeluarkan amaran sekiranya hujan lebat berterusan dijangka berlaku,"kata kenyataan itu.