• Motivasi `Smart Learning' Percuma



    Oleh: Jusmawari Jusoh

    BESUT, 30 Disember - Seramai 300 peserta berusia 10 hingga 17 tahun menyertai program Motivasi `Smart Learning' secara percuma anjuran Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor di dewan Masjid Hadhari Jertih, di sini, semalam.

    Ustaz Riduan berkata, program dilaksanakan setiap tahun di musim cuti sekolah dan pertama kali diadakan di dewan masjid berkenaan bertujuan membimbing dan memotivasikan pelajar mengikut kaedah belajar dengan bijak dalam  acuan Islam.


    "Dalam kehidupan kita seharian jangan pernah tinggal solat, jangan kita lari dari landasan agama dan sentiasa basahkan bibir dengan bacaan al-Quran dan zikrullah" pesan beliau ketika menyampaikan satu slot motivasi itu.

    Turut membantu, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa, Penolong Professor, Dr. Uzaimah Ibrahim dan Ustaz Mahmud Jamaludin Al-Hafiz selaku perunding motivasi bagi menjayakan program tersebut.

    Program yang berakhir jam 1 petang disudahi dengan solat Zuhur berjemaah di ruang solat masjid. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat