• Salina Terima Rumah Flat Desa Keluarga YPKT


    Oleh: Aslam Wira

    MARANG, 15 Januari - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menawarkan sebuah unit rumah kepada Salina Yusuf, 37 yang sebelum ini hidup dalam serba kekurangan tanpa bekalan elektrik dan sumber air di Rhu Renggeh, di sini.

    Pemberian rumah Flat Desa Keluarga itu bagaikan sinar kepada Salina yang kini hamil anak ketiga untuk tinggal bersama dua anak..


    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, hasil kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rhu Renggeh, Salina Yusuf telah mendapat tempat tinggal baru.

    Katanya, dia gembira kerana dalam tempoh singkat, pihaknya dapat mengesan masalah itu sekali gus dapat membantu Salina sebelum melahirkan anak pada April nanti.

    “Rumah baru Salina berdekatan dengan kelas agama, fardhu ain dan mengaji, saya harap Salina dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika hadir menyerahkan kunci kepada Salina sempena perpindahannya ke Flat Rumah Desa Keluarga, baru-baru ini. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat