Sultan Mizan (dua dari kanan) mencemar duli bersalaman dengan Dr Ahmad Samsuri setelah berangkat tiba untuk mendirikan solat Jumaat di Masjid Kampung Tebakang kelmarin. |
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengiringi baginda untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Sultan Mizan (dua dari kanan) dan anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail (kanan) mencemar duli bersalaman dengan kepimpinan negeri Terengganu di Masjid Tebakang kelmarin. |
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumatnegeri, Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Haji Osman Muda.
Sultan Mizan (tiga dari kanan) mencemar duli bersalaman dengan jemaah Masjid Tebakang kelmarin. |
Penduduk kampung berkenaan menyambut mesra ketibaan Sultan Mizan serta anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail dan sangat teruja dengan kesudian baginda mencemar duli ke kampung berkenaan.
Sultan Mizan turut mencemar duli bersalaman dengan Menteri Besar dan kepimpinan negeri yang lain serta penduduk kampung berkenaan sebelum dan selepas mendirikan solat Jumaat.
Dr Ahmad Samsuri (tengah) turut bermesra dengan jemaah Masjid Tebakang kelmarin. |
Lebih daripada 500 penduduk kampung mengerjakan solat Jumaat bersama dengan Sultan Mizan dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail. - teganukita.net