Oleh : Aziz Hambali
MARANG, 13 Februari - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan pengamal siber supaya mempunyai batas sempadan untuk menyebarkan sesuatu yang benar dan tidak menyebarkan perkara yang tidak benar.
Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden PAS menyeru kepada semua pengamal media untuk sama-sama hadir ke Ijtimak Siber Malaysia 2019 yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini bertempat di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, dekat sini.
"Bersempena dengan himpunan yang dianjurkan ini, adalah baik bagi pengamal media untuk mengilmukan diri mereka, mengetahui batas sempadan bagi orang Islam dalam kehidupan di dunia ini kerana setiap gerak geri kita dalam dunia ini sama ada amalan, perkataan, tulisan dihisab oleh Allah swt pada hari kiamat.
"Jangan kita lalai dan leka. Jadikan teknologi maklumat sebagai alat untuk mengerjakan kebajikan, bukan alat untuk menambah dosa dan maksiat," tambahnya lagi.
Nota : Kepada mereka yang ingin menyertai Ijtima Siber ini, dijemput mendaftar secara 'online' di https://ijtimaksiber.com/ - teganukita.net


