• Peluang Kursus Servis Kenderaan Untuk Anak Asnaf Terengganu


    KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menawarkan Kursus Servis Pembaikan Kenderaan Ringan Tahap 2 dan 3 selama dua tahun beserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf fakir miskin sahaja yang lahir dan menetap di Terengganu.

    Program ini dikendalikan oleh Naza Academy di Gurun, Kedah yang menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berimpak tinggi khas kepada belia asnaf di Terengganu di mana sijil  kursus ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

    Semua perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM termasuk pembayaran elaun RM200 setiap bulan sepanjang berkursus dan jaminan pekerjaan selepas tamat kursus.

    Syarat Kemasukan :

     Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu
     Anak asnaf fakir miskin sahaja
     Beragama Islam, baligh & berakal
     Terbuka kepada lelaki & perempuan
     Berumur 18 hingga 25 tahun
     Berstatus bujang
     Memiliki sijil SPM & lulus Bahasa Melayu
     Mempunyai minat dalam bidang Automotif
     Tidak mempunyai rekod jenayah atau pengambilan dadah secara haram
     Sihat tubuh badan & tidak buta warna
     Tidak menghidap sawan atau penyakit kronik

    Kelebihan & Manfaat :
     Tiada yuran pendaftaran
     Yuran pengajian (percuma)
     Asrama disediakan (percuma)
     Makan & minum disediakan (percuma)
     Pakaian & kasut bengkel disediakan (percuma)
     Perlindungan takaful (percuma)
     Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan
     Jaminan peluang pekerjaan setelah tamat pengajian

    Tempat adalah TERHAD‼
    Tarikh tutup permohonan adalah : 13 FEBRUARI 2019

    Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:




    Semua permohonan hendaklah dihantar ke Kaunter Ibu Pejabat MAIDAM Kuala Terengganu (Unit Agihan Zakat : 09-6303030) sebelum atau pada 13 FEBRUARI 2019 waktu pejabat - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat