• Wanita Terengganu Jadikan Saidatina Aisyah Ikon Ilmuan


    KUALA TERENGGANU, 19 Februari - Saidatina Aisyah yang dikenali sebagai  tokoh wanita Islam mempunyai keilmuan yang tinggi dan harus menjadi ikon kepada kaum wanita di Terengganu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, ketokohan isteri nabi itu akan diabadikan sempena sambutan Hari Wanita melalui Program Hari Saidatina Aisyah.

    “Saidatina Aisyah merupakan salah seorang  Ummu Mukminin iaitu isteri Rasulullah SAW yang sangat  berjasa  kepada umat Islam. Jadi ia adalah antara (sebab) kenapa kita memilih ikon ini (Aisyah).

    “Kita tahu beliau dikenali alim tentang  halal dan haram termasuk ilmu  perubatan,” jelasnya.

    Beliau yang juga Pengarah Program Hari Saidatina Aisyah berkata demikian ketika bersiaran langsung bersama Manisfm pada semalam, 18 Februari.

    Menurut Zuraida, golongan wanita
    adalah penting pada masa kini yang menyumbang kepada kemajuan kepada negeri dan negara.

    Oleh itu kata beliau, pemilihan Aisyah sebagai ikon program tersebut diharapkan dapat menjadi ikutan kepada wanita di negeri ini khususnya.

    Katanya, Terengganu berbeza dengan Kelantan yang memilih Siti Khadijah sebagai ikon memandangkan ramai wanita negeri itu terlibat dalam perniagaan.

    "Sebab kita tahu waqi' (suasana) ataupun keadaan di Kelantan wanita suka berniaga, usahawan , jadi Saidatina Khadijah terkenal  dengan usahawannya  sendiri bagaimana ia berniaga di pasar  dan wanita melopori perniagaan di sana.

    "Jadi sesuailah Saidatina Khadijah diangkat sebagai ikon di Kelantan," ujarnya. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat