• Lawatan MB Ke Tasik Kenyir 1 Oktober

    "Kerajaan akan isytihar 'State Park' di Tasik Kenyir," Dr Ahmad Samsuri . - Foto Syaiful Mustafa

    KUALA LUMPUR - Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan mengadakan lawatan ke Tasik Kenyir Hulu Terengganu 1 Oktober ini bagi melihat dan mengkaji keperluan mewujudkan 'State Park' (Taman Negeri) untuk kemajuan pelancongan negeri. 

    Katanya, jika tidak ada aral melintang,  kerajaan akan mengisytiharkan 'state park' sempena lawatan tersebut. 

    Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung dengan lawatan tersebut, di Sidang Media di KL Sentral, 22 September. 

    Dr Ahmad Samsuri melancarkan Tren ETS Paparan 'Beautiful Terengganu,  Malaysia' bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di tempat yang sama.  

    Kewujudan 'state park' dijangka menjadi mercu tanda pelancongan negeri Terengganu ketika kerajaan sedang rancak membangun Tasik Kenyir sebagai eko-tuorism berasaskan alam semula jadi . 

    Sementara itu,  Dr Ahmad Samsuri berkata,  Tasik Kenyir adalah kawasan tumpuan industri pelancongan berkonsepkan alam semula jadi (evirement).

    Kerajaan Terengganu sedang melihat permasalahan projek belum siap di Tasik Kenyir yang dimulakan kerajaan sebelum ini. 

    "Kita sedang melihat dari segi bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung kerajaan, " jelasnya. 

    Kerajaan juga melihat serta mengkaji 'misi' pelancongan yang sedia wujud sama ada ia boleh beroperasi dan memberi manfaat kepada kerajaan serta rakyat atau sebaliknya. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat