• SUKMA 2018: Memanah Turut Menyumbang

    Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) turun padang meninjau keadaan anak angkatnya, jurulatih dan pemain Pasukan Memanah Terengganu.
    Oleh : Syaharulhafizi Shamsudin

    SERI ISKANDAR - Acara Memanah Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 yang menutup tirai semalam, akhirnya dua emas, tiga perak dan lima gangsa untuk kontinjen Terengganu.

    Berikut adalah penyumbang pingat secara individu, Nur Aqilah Yusof, Emas (30M Recurve Women), Muhammad Saiful Islam bin Mohd Rizuan, Emas serta dua Perak (30M, 50M dan 70M Recurve Men), Athirah Auni binti Mat Yatya, Perak serta Gangsa (60M dan 70M Compound Women) dan Mohamad Syafiq bin MD Ariffin, dua Gangsa (30 dan 90M Compound Men).

    Pemenang pingat gangsa berkumpulan Compound Lelaki, Muhamad Alif Haikal bin Biamin, Mohamad Syafiq bin MD Ariffin, Muhammad Hazmi Aisar bin Azmi dan Mohamad Saiful Adli bin Mat Zin.

    Manakala penerima pingat gangsa secara berkumpulan Recurve Wanita adalah Nur Aqilah binti Yusof, Nuramalia Haneesha binti Mazlan, Sufia nabilah binti Subarjo dan Nur Balqis binti Biamin.


    Menurut  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, kalah dan menang adalah adat permainan dan itu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

    "Namun apa yang paling penting adalah kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang kita hajati.

    “Saya yakin, mereka telah melakukan yang terbaik dalam temasya ini. Namun, takdir telah ditentukan oleh Allah dan masih banyak ruang lagi dalam perlawanan yang akan datang. Jangan sesekali berputus asa serta jadikan kekalahan ini adalah satu semangat untuk terus berjuang,” ujar beliau dipetik dari laman fcebook rasmi, beliau semalam.

    Mohd Nor juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti atlet, jurulatih serta pihak pengurusan dalam berganding bahu demi mengharumkan Negeri Terengganu.


    Sebelum itu, beliau bersama isteri turut hadir memberikan semangat kepada Pasukan Memanah Terengganu sebagai  sukan angkat beliau di Lapang Sasar, Universiti Teknologi Petronas, Perak. - teganukita.net
  • Anda mungkin juga berminat