-
Oleh- Abd Muhaimin MuhammedSETIU, 25 November- Pusat Khidmat Bergerak Parlimen Setiu dan DUN Permaisuri dibuka buat kali pertama bagi membolehkan masyarakat setempat menyuarakan hasrat dan membuat aduan. Antara perkhimataan yang disediakan, kaunter Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM), kaunter e-Kasih MAIDAM dan Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS).Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, dengan adanya pusat perkhidmatan itu penduduk terutama golongan warga emas bukan sahaja boleh menyalurkan aduan berkaitan permasalahan setempat, malah mendapat maklumbalas lebih pantas.“Seperti hari ini, pusat khidmat yang bergerak ke kawasan PPRT Lembah Bidong, nyata membolehkan penduduk di kawasan itu membuat aduan, mendapat maklumat yang sepatutnya dan sebagainya,”katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Pejabat Bergerak Ahli Parlimen Setiu dan Penyelaras Dun Permaisuri di penempatan PPRT Lembah Bidong, Merang.Turut bersama pada program tersebut Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri Ustaz Zul Bhari A Rahman.Menurut Ustaz Zul bhari, pusat khidmat bergerak turut memberi peluang kepada masyarakat setempat berinteraksi dengan pelbagai agensi kerajaan, boleh mendaftar E-Kasih dan menyemak status semasa permohonan mereka sebelum ini."InsyaAllah kita akan cuba bantu setakat kemampuan kita, dan program seumpama ini kita akan teruskan lagi di masa hadapan.“Pusat khidmat bergerak sama turut disediakan di DUN Langkap pada Oktober yang lepas, dan kemungkinan DUN Batu Rakit turut menerima perkhidmatan sama pada Disember ini,”katanya. - teganukita.net
Pusat Khidmat Bergerak Mudahkan Penduduk Buat Aduan
ketuapkp
Ahad, November 25, 2018