Oleh: Sulaiman Rusli
DUNGUN,9 Febuari- Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli menyeru setiap organisasi di daerah itu supaya memainkan peranan dalam pelbagai aspek bertujuan membina masyarakat hidup secara sihat.
Katanya, perkara itu termasuk memajukan sukan petanque yang pastinya sukan itu kurang dikenali di kalangan masyarakat.
“Terima kasih kepada atlet-atlet pentanque yang memberi sokongan, selain mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Langkah itu nyata menarik minat masyarakat yang rata-rata mahu mengenali sukan ini secara dekat.
“Saya berharap semangat kesukanan yang tinggi daripada semua atlet yang terlibat dan menyokong penuh pengurusan organisasi Persatuan Petanque Terengganu (PETER) dan Persatuan Petanque Dungun (PADU) supaya lebih maju dalam negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Kebangsaan Petanque Terbuka Terengganu 2019 di Arena Petanque Dungun (PADU) hari ini.
Katanya, terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih Dungun sebagai tuan rumah.
“Mudah-mudahan dapat mempromosikan daerah Dungun ini,InsyaAllah akan membangun dengan sebaik-baiknya”,Ujarnya lagi. - teganukita.net
