Oleh: Norekwan Mamat
BESUT, 11 Februari- Sebuah rumah pusaka musnah dalam kebakaran di Kampung Alor Belanga, Hulu Besut, pagi ini.
Dalam kejadian awal pagi itu pemiliknya, Normila Abd Razak, 46, tiada di rumah kerana keluar menghantar anaknya ke sekolah.
Normila berkata, sebaik pulang dari menghantar anak ke sekolah dia melihat kepulan asap keluar dari stor berhampiran dapur rumah yang didiaminya selama 20 tahun itu.
Normila berkata, sebaik pulang dari menghantar anak ke sekolah dia melihat kepulan asap keluar dari stor berhampiran dapur rumah yang didiaminya selama 20 tahun itu.
Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat PBK 11, Mohd Syaiful Fitri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.41 pagi dan terus memulakan operasi sesampainya di tempat kejadian pada jam 7.53 pagi dan operasi tamat pada jam 8.47 pagi.
Katanya, seramai 15 anggota bomba turut terlibat dalam operasi tersebut dimana punca kebakaran masih dalam siasatan.
Dalam perkembangan sama, Pegawai Penyelaras Dun Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mengetahui berita tersebut.
“Insyaallah kita akan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan atau apa saja bantuan serta akan berusaha sekadar yang mampu untuk menyelesaikan masalah mangsa,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. - teganukita.net


